Bumi
yang kekal Satu
Satu dari
siaran favourite di kaca tv ku ialah rencana, nat geo atau apa juga yang
berbentuk documentary berkenaan kehidupan yang berevolusi. Secara rawak tanpa
bersandarkan ilmu yang dalam berkenaan evolusi yang berpindah dari satu zaman
kesatu zaman, aku menilaikan bahawa alam kita yang didalamnya kita bertapak
sekarang bernama bumi didalam bulatan atmospherenya sebagai sempadan dengan
planet lain bersebelahannya, masih tetap yang itu sejak dulu. Perubahan diatas
planet bumi itu berkisar kepada gerak tamadun penduduknya, dikatakan bertambah
maju dan modern berbanding hari hari yang telah ditinggalkan sebelumnya.
Rencana
kini banyak menyiarkan kisah masaalah perubahan suhu alam yang bakal
mencorakkan kerosakan teruk dimuka bumi. Kisah dengan suara latar yang pilu
memaksa jiwa merasakan betapa lajunya proses extinction atau penghapusan
hidupan liar dan kemusnahan hutan hijau serta pencairan glacier dikutub. Kisah ketaksuban
manusia memburu kemajuan dan pembangunan yang merosakan eko system. Ini semua
kisah sama yang pernah dilakunkan oleh orang dulu, oleh kerana waktu dulu itu
tiada daya penyaluran maklumat seperti semudah kini begitu juga tiada
penyimpanan data dan maklumat sekemas kini, maka info dan rekod secara terperinci
tidak dipaparkan meluas dan berpanjangan untuk rujukan.
Jika
pengarang, penulis dan semua yang bersungguh membentangkan masaalah melalui
phenomena semasa masih hidup satu ratus tahun atau lebih dari sekarang dan
membentangkan kisah perjuangan mereka disatu ketika dulu untuk mempertahan
teori dan idea mereka, pastinya mereka akan ditertawakan. Jawapan nya begitu
mudah, kenapa kita pandang kebelakang. Setiap kehidupan baru akan sendirinya
immune dengan proses adaptasi mengikut suasana semasa di eranya. Perlukan kah
kita mengenang berlebihan akan indahnya sungai yang mengalir di pinggir kampong
kita, kejernihan untuk berenang sepuasnya setiap hujung minggu dengan ibu ibu
mencuci kain di atas batu, ikan yang banyak menyambar umpan, burung burung
dengan dengan hirok pikok berseloroh sesama sendiri.
Apakah
dengan terbinanya Great Wall, Pyramid, Anchor Wat, Borobudur, Machu Picchu, Di
Itali, Di Rome, tidak menunjukan adanya gerak kerja manusia yang menggunakan
berbagai keperluan utama yang mungkin pernah menjejaskan alam. Tidakah mereka
menebang hutan, menggorek bumi, menyekat laluan air, meratakan permukaan bumi
dengan saiz yang luas dan berbagai bentuk kerja lain yang disebut mengancam
bumi. Serupa sahaja bila ada saja pergerakan tamadun yang dibentuk dari akal
yang sentiasa biak maka akan ada ketewasan disatu pihak lain diatas kehendak
itu. Evolusi terus sahaja bergerak dan kita menyelongkar sejarah yang ditonjolkan
dikaca tv, dan dikala menonton itu tidak pula tertanya kesan yang pernah
dialalmi oleh manusia dulu melainkan terlupa diasyikan oleh keunikan tinggalan
sejarah. Begitu jugalah kisah hari inii akan ditonton oleh manusia seterusnya
ribuan tahun lagi tanpa mereka peduli kesan yang dialami oleh manusia pada tika
itu.
Mereka
berperang dengan menggunakan segala bentuk alat yang dibina dari hasil dibumi,
memusnahkan setiap apa juga yang terlibat didalam laluan peperangan, musnah
sebahagian peradaban tanpa sekatan dan resolusi demi menawan alam, meletopkan
bahan pemusnah yang semakin sophisticate hingga lenyap kawasan hampir sejauh
ratusan kilometre dengan satu ledakan. Demi untuk berkuasa manusia akan lakukan
dan manusia itu juga yang hari ini memutarkan kata kata untuk memperjuangkan
kesejahteraan alam sedangkan mereka sama seperti yang lain bergerak rancak
seiringan dengan rentak evolusi yang sebenarnya hanya satu bentuk tuntutan
semasa yang mengimbangi ilmu yang dibekalkan oleh Tuhan kepada kita semua.
Satu, kekal
satu bernama bumi sejak dari dulu, itulah bumi dulu dan bumi sekarang. Aku
tidak tahu dulu itu bermula bila, tetapi jika diambil kira kezahiran nabi Adam
yang banyak dikisahkan didalam Quran sehingga kini tidaklah bumi ini berubah
kepada sesuatu yang bercorak lain dari bumi semasa. Apa yang kita ada ialah
satu jumlah tetap yang dihitung Satu. Dari dulu hingga kini, Itulah jumlah isi
buminya, airnya, udaranya, apa jua kandungan yang ada didalamnya dengan
kehidupan yang bersilih gantinya itu tetap satu, hanya corak olahannya yang
berevolusi dengan para pelakon bergilir ganti yang terus sahaja melakonkan
pentomen sama dengan skrip serupa.
Manusia
bercinta, kawin berkeluarga, berkasih sayang, bergenerasi, tua dan mati.
Bermusuhan, berperang dan mati. Ada kah cerita lain dari itu. Kurang kah
keperluan mereka untuk survival kehidupan diwaktu itu atau kini. Di gemburkan
dengan masaalah penggunaan plastic hingga sisa plastik dikira akan menyukarkan
generasi mendatang kerana tempoh pelupusan akan memakan ratusan tahu. Kita
menebang jutaan pokok untuk menjadikan kertas membungkus sebelum terhasil
plastic. Jutaan pokok juga bermasaalah dan masih menjadi isu hangat mengaitkan
akan terhapus sumber utama dari hutan seperti air dan oxygen. Siapa yang
mendahului peradaban itu, mereka juga dan pastinya dengan ilmu yang ada
masaalah itu akan terlurai untuk menimbulkan masaalah selainnya pula. Yang
disebut masaalah itulah tenaga penggerak minda untuk terus menghadapi situasi
baharu yang bakal mendatang.
Bumi ini
Satu. Jika diambil jumlah air yang ditetapkan oleh Tuhan didalam bumi ini, pada
pendapat kecil ku ianya tidak pernah berkurangan sedikit pun. Hari ini kita
sedang dilanda banjir dengan limpahan yang luar biasa hingga menjadi bencana
besar terhadap kehidupan dikawasan kita. Ya, kecohlah berita tersebar seantero
alam. Tanpa diberatkan tumpuan, ada daerah lain yang sedang menderita
kekeringan dari badaian kemarau yang terlajak tempoh, tidak lebih dari satu
keadaan dimana air itu tercurah lebih di kawasan kita.
Kita ragu
dengan perubahan cuaca di muka bumi, mencairkan salji dan glacier hingga
dipaparkan seluas luasnya bersebab dengan kepasanan bumi. Pastinya akan ada
phenomena baru di sudut lain yang kering akan dibasahi hujan, akan ada tanah
tanah lembah akan ditenggelami air. Itu evolusi yang harus terjadi diatas muka
bumi. Jika dulu sebuah lapangan yang pernah mengalir sungai dan kini kering,
tidakkah itu evolusi alam hingga dinamakan kawasan itu gurun.
Ada kawasan
yang dulunya satu daerah agung yang bertamdun hebat dengan segala jenis
seni pembangunan, kini tenggelam dibawah
permukaan air seperti terdapat di China, Jepun, India tidak kah berlaku
disebabkan evolusi walaupun mungkin gempa bumi dan bencana alam lain yang
mengakibatkan begitu. Seharusnya ada rencana yang ekstrim seperti kini
membimbangkan kemungkinan berlakunya sebegitu yang mungkin tenggelam bersama
evolusinya pada waktu itu. Mungkin menuskrip itu ada dan tenggelam bersama
sejaranya.
Kita juga
dibentangkan dengan masaalah extinction atau penghapusan sebahagian hidupan liar
yang begitu ketara. Pernah dilihat beberapa jenis haiwan unik yang pernah ujud
dizaman mungkin sebelum lahir ku disekitar seawal abad duapuluh yang kini hanya
menjadi gambar lukisan dan mungkin ujud didalam era datuk nenek kita dan kini
telah hapus. Pupus disebababkan tiada kesedaran melalui informasi yang mampu
disampaikan kepada manusia sejagat. Terlalu banyak yang pupus samada dengan
kehendak atau dengan bencana. Jika menjadi tarikan bahan buruan dan makanan
memang banyak yang telah hapus. Apakah alam tidak boleh disalahkan menyebabkan
kehapusan. Kebakaran hutan terbesar melanda Australia pada tahun 2020 sudah
cukup dahsyat hingga dianggarkan hampir dua billion dari berbagai spesis haiwan
mati, mungkin mengurangkan bilangan sekalipun tidak menghapuskan.
Ilmu
manusia semakin meninggi, itu hanya bandingan dengan masa yang berlalu, kemampuan
untuk memulih dengan berbagai cara termasuk mencerna DNA bagi mendapatkan
kembali haiwan yang dianggap telah hapus. Itu juga ivolusi yang hebat, diharap
dunia bertahan dengan apa yang ada hari ini kekal untuk esok, semungkinnya.
Pada hakikatnya esok pasti berubah mengikut kesesuaian nya tersendiri kerana
manusia terus membongkar rahsia alam diatas rasa keperluan semasa dan manusia
tetap didalam satu lingkungan yang sama meneroka kehidupan baru dengan ilmu
baru bersesuaian dengan kehendak baru, hakikatnya benda dan jizim yang ujud
masih yang dhulu juga.
Kita
dibentangkan dengan kadar pertumbuhan makluk manusia yang menjadi masaalah
utama kepada proses mendapatkan makanan untuk semua. Disinilah sempadan
memisahkan dan menambahkan konflik. Jika berjalan menyaksikan alam, kita tonton
di kaca tv corak muka bumi yang masih luas ini, adakah sudah habis kawasan yang
boleh dihasilkan, alasan apa yang mengaitkan manusia semakin terdesak
mendapatkan makanan yang cukup berbanding kadar kelahiran. Kita bersempadan
dengan fahaman, idolagi dan kuasa, maka tiada apa yang boleh menyelamatkan
keadaan melainkan kita mampu mengamankankan garis sempadan kepada kedamaian
fahaman. Dimasa yang sama, ilmu ketamadunan sudah mula menyaksikan manusia
membasahkan padang pasir yang kontang dan menumbuhkan berbagai jenis tanaman untuk
habuan perut, tiada yang tidak mungkin.
Kita ambil
Afrika sebagai contoh untuk mengintai peluang menambah hasil bumi, sangat luas
buminya yang subur tapi terbiar tergondol tanpa diusahakan. Mereka bercakaran
untuk menegakan kerakusan kuasa kecil sesama mereka sedangkan mereka sengsara
kelaparan yang amat dahsyat. Apakah tidak ada keinginan pihak luar yang maju
untuk berkongsi ilmu menjayakan sesuatu untuk menyelamatkan mereka. Semakin
menjadi tidak mudah disebabkan aliran fahaman kecil dibenak jiwa ahli negara
mereka. Mereka tidak berhasrat untuk maju seperti dipihak lain maka bumi mereka
terbiar kontang sedangkan air mengalir laju cukup utuk menyuburkan tumbuhan
yang boleh mengenyangkan penduduk dari kebuluran. Seperti catatan awal tadi,
tiada yang tidak mungkin melainkan jika mereka mahukan penyeselaian itu. Hanya
kerana negara kita agak makmur maka isu ini terkecuali, tetapi jika diambil
kira keluasan muka bumi kita, cukup saja untuk membekalkan keperluan pemakanan
seluruh isi negara ini tanpa perlu kepada pengimpotan, namun kesejahteraan
membuatkan kita lebih rational untuk berkongsi ekonomi bersama negara lain.
Bumi kekal satu
seperti dulu, semuanya ada disitu, tidak kurang sedikit pun air, angin dan
hasil buminya, satu pusingan yang berterusan. Kucuali diatas satu kuasa
menamatkan nya nanti maka disitu hapuslah cerita ini, yang disebut kiamat
mungkin. Selagi tidak, dunia ini cukup untuk sampai bila bila, jika hapus
sesuatu pasti kesesuaian akan menyusul mengikut masa, mengikut ketamdunan
manusia, mengikut kehendak baru semasa pada akal manusia. Pada umur aku enam
puhan sekarang, segala yang berlalu telah aku tempuhi dan aku akui banyak
perubahan dan mingkin penghapusan yang boleh dibilang, mungkin ada para
cendiakawan yang tidak duduk diam berusaha mengekalkan, tetapi aku terus
kedepan untuk menyaksikan penghapusan dan pembinaan kehidupan baru yang aku
sendiri berasa terikut dengan nya. Ivolusi membuat aku terpaksa berada disini
dengan umur sebegini tanpa kedangaran laungan berlebihan untuk mempertahankan
apa yang ada semalam. Hari ini untuk hari ini, semalam untuk semalam, esok
pasti untuk esok yang tersendirinya serasi menyusuri pembentukan akal semasa.
Dunia ini
baharu mengikut tafsiran agama, pastinya setiap hari akan ada pembaharuan
apatah lagi mingguan, bulanan, tahunan dan dekad, mana mungkin kekal jika ianya
dunia, jika tidak baru, maka ada harusnya kita masih tidak punya mesin ini
untuk merakamkan coretan secara ini. Didalam cerita fiction, kita lihat betapa
berimiginatifnya manusia terhadap corak kehidupan masa depannya. Ada
kemungkinan manusia akan seperti itu satu ketika nanti dan setelah mereka
menetap didalam suasana sebegitu untuk tempoh yang lama, pasti akan terbit pula
satu dokumentari yang mempertahankan cara hidup begitu jika ternampak
berlakunya perubahan yang mungkin menggugat corak itu. Itulah evolusi yang
mengikut rentak ilmu akal. Mungkin indah agaknya jika kita berpeluang untuk
kembali kezaman nabi nabi dulu atau ratusan tahun ditanah air kita dulu,
sekalipun alam persekitarannya dipenuhi kemurnian tiupan udara, haiwan liar
banyak dicelah belukar, itu hanya hayalan, kita tetap kedepan seperti gerak
jarum jam, namun pusingan itu kekal di situ didalam sebuah kotak yang di sebut
jam. Kita sini untuk hari ini dan disana untuk hari esok dan seterusnya. Kita
hanya mencari penyebab berlakunya kelemahan tetapi kita juga pembuatnya kerana
kita dibina diatas landasan bersempadan dengan fahaman dan ideology yang
terlupa mahu tidak mahu ivolusi akal terus mengubah kita.
Apakah
tidak mungkin sungai yang dulu kita alunkan irama merdu sambil bersantai
dicelah celah belukar kecilnya, walaupun kini alirannya berwarna kabur, akan
sekali lagi kembali seperti dulu. Apakah tidak ada perkara seumpamma itu
dinegara nagara lain yang dulu terlupa dimasa mendadak memburu imeg teknologi
tertinggi, kini mendewakan diri dengan memaparkan imeg cantik dengan kejernihan
sungai dan ikan ikan berenang bebas tanpa dipedulikan oleh sang pengail. Dulu
mereka telah memusnahkan dan kini mereka tersedar untuk memulihkan, dan proses
pemulihan ini akan diselitkan dengan masaalah yang sedang dihadapi dunia
bagaikan mereka tidak pernah menjadi pemusnah. Kesalahan akan diletakan dibahu
pihak baru sedangkan evolusi itu terpindah diatas rancangan mereka. Evolusi,
untuk esok semua ini cerita semalam.
Sempadan
dan ideologi akan terus menjadi penggerak walaupun itulah asas kepada konflik
pemikiran maupun kekuatan fisikal, disitu jugalah kita akan sedar bahawa alam
bumi tidak pernah terkurang satu apa pun dari sejak adanya, itu lah Satu Bumi
ini yang terus berputar seligat 365 hari dalam ukuran satu tahun mengelilingi
orbitnya. Akan terus diteroka oleh makluk bernama manusia selagi adanya, hanya
pelakunnya yang terus berbeza dengan skrip yang hampir tidak berubah dari
dahulu kala mengikut kesesuain kehendak semasa.