Monday, December 11, 2023

Bumi yang kekal Satu

Bumi yang kekal Satu

Satu dari siaran favourite di kaca tv ku ialah rencana, nat geo atau apa juga yang berbentuk documentary berkenaan kehidupan yang berevolusi. Secara rawak tanpa bersandarkan ilmu yang dalam berkenaan evolusi yang berpindah dari satu zaman kesatu zaman, aku menilaikan bahawa alam kita yang didalamnya kita bertapak sekarang bernama bumi didalam bulatan atmospherenya sebagai sempadan dengan planet lain bersebelahannya, masih tetap yang itu sejak dulu. Perubahan diatas planet bumi itu berkisar kepada gerak tamadun penduduknya, dikatakan bertambah maju dan modern berbanding hari hari yang telah ditinggalkan sebelumnya.

Rencana kini banyak menyiarkan kisah masaalah perubahan suhu alam yang bakal mencorakkan kerosakan teruk dimuka bumi. Kisah dengan suara latar yang pilu memaksa jiwa merasakan betapa lajunya proses extinction atau penghapusan hidupan liar dan kemusnahan hutan hijau serta pencairan glacier dikutub. Kisah ketaksuban manusia memburu kemajuan dan pembangunan yang merosakan eko system. Ini semua kisah sama yang pernah dilakunkan oleh orang dulu, oleh kerana waktu dulu itu tiada daya penyaluran maklumat seperti semudah kini begitu juga tiada penyimpanan data dan maklumat sekemas kini, maka info dan rekod secara terperinci tidak dipaparkan meluas dan berpanjangan untuk rujukan.

Jika pengarang, penulis dan semua yang bersungguh membentangkan masaalah melalui phenomena semasa masih hidup satu ratus tahun atau lebih dari sekarang dan membentangkan kisah perjuangan mereka disatu ketika dulu untuk mempertahan teori dan idea mereka, pastinya mereka akan ditertawakan. Jawapan nya begitu mudah, kenapa kita pandang kebelakang. Setiap kehidupan baru akan sendirinya immune dengan proses adaptasi mengikut suasana semasa di eranya. Perlukan kah kita mengenang berlebihan akan indahnya sungai yang mengalir di pinggir kampong kita, kejernihan untuk berenang sepuasnya setiap hujung minggu dengan ibu ibu mencuci kain di atas batu, ikan yang banyak menyambar umpan, burung burung dengan dengan hirok pikok berseloroh sesama sendiri.

Apakah dengan terbinanya Great Wall, Pyramid, Anchor Wat, Borobudur, Machu Picchu, Di Itali, Di Rome, tidak menunjukan adanya gerak kerja manusia yang menggunakan berbagai keperluan utama yang mungkin pernah menjejaskan alam. Tidakah mereka menebang hutan, menggorek bumi, menyekat laluan air, meratakan permukaan bumi dengan saiz yang luas dan berbagai bentuk kerja lain yang disebut mengancam bumi. Serupa sahaja bila ada saja pergerakan tamadun yang dibentuk dari akal yang sentiasa biak maka akan ada ketewasan disatu pihak lain diatas kehendak itu. Evolusi terus sahaja bergerak dan kita menyelongkar sejarah yang ditonjolkan dikaca tv, dan dikala menonton itu tidak pula tertanya kesan yang pernah dialalmi oleh manusia dulu melainkan terlupa diasyikan oleh keunikan tinggalan sejarah. Begitu jugalah kisah hari inii akan ditonton oleh manusia seterusnya ribuan tahun lagi tanpa mereka peduli kesan yang dialami oleh manusia pada tika itu.

Mereka berperang dengan menggunakan segala bentuk alat yang dibina dari hasil dibumi, memusnahkan setiap apa juga yang terlibat didalam laluan peperangan, musnah sebahagian peradaban tanpa sekatan dan resolusi demi menawan alam, meletopkan bahan pemusnah yang semakin sophisticate hingga lenyap kawasan hampir sejauh ratusan kilometre dengan satu ledakan. Demi untuk berkuasa manusia akan lakukan dan manusia itu juga yang hari ini memutarkan kata kata untuk memperjuangkan kesejahteraan alam sedangkan mereka sama seperti yang lain bergerak rancak seiringan dengan rentak evolusi yang sebenarnya hanya satu bentuk tuntutan semasa yang mengimbangi ilmu yang dibekalkan oleh Tuhan kepada kita semua.

Satu, kekal satu bernama bumi sejak dari dulu, itulah bumi dulu dan bumi sekarang. Aku tidak tahu dulu itu bermula bila, tetapi jika diambil kira kezahiran nabi Adam yang banyak dikisahkan didalam Quran sehingga kini tidaklah bumi ini berubah kepada sesuatu yang bercorak lain dari bumi semasa. Apa yang kita ada ialah satu jumlah tetap yang dihitung Satu. Dari dulu hingga kini, Itulah jumlah isi buminya, airnya, udaranya, apa jua kandungan yang ada didalamnya dengan kehidupan yang bersilih gantinya itu tetap satu, hanya corak olahannya yang berevolusi dengan para pelakon bergilir ganti yang terus sahaja melakonkan pentomen sama dengan skrip serupa.

Manusia bercinta, kawin berkeluarga, berkasih sayang, bergenerasi, tua dan mati. Bermusuhan, berperang dan mati. Ada kah cerita lain dari itu. Kurang kah keperluan mereka untuk survival kehidupan diwaktu itu atau kini. Di gemburkan dengan masaalah penggunaan plastic hingga sisa plastik dikira akan menyukarkan generasi mendatang kerana tempoh pelupusan akan memakan ratusan tahu. Kita menebang jutaan pokok untuk menjadikan kertas membungkus sebelum terhasil plastic. Jutaan pokok juga bermasaalah dan masih menjadi isu hangat mengaitkan akan terhapus sumber utama dari hutan seperti air dan oxygen. Siapa yang mendahului peradaban itu, mereka juga dan pastinya dengan ilmu yang ada masaalah itu akan terlurai untuk menimbulkan masaalah selainnya pula. Yang disebut masaalah itulah tenaga penggerak minda untuk terus menghadapi situasi baharu yang bakal mendatang.

Bumi ini Satu. Jika diambil jumlah air yang ditetapkan oleh Tuhan didalam bumi ini, pada pendapat kecil ku ianya tidak pernah berkurangan sedikit pun. Hari ini kita sedang dilanda banjir dengan limpahan yang luar biasa hingga menjadi bencana besar terhadap kehidupan dikawasan kita. Ya, kecohlah berita tersebar seantero alam. Tanpa diberatkan tumpuan, ada daerah lain yang sedang menderita kekeringan dari badaian kemarau yang terlajak tempoh, tidak lebih dari satu keadaan dimana air itu tercurah lebih di kawasan kita.

Kita ragu dengan perubahan cuaca di muka bumi, mencairkan salji dan glacier hingga dipaparkan seluas luasnya bersebab dengan kepasanan bumi. Pastinya akan ada phenomena baru di sudut lain yang kering akan dibasahi hujan, akan ada tanah tanah lembah akan ditenggelami air. Itu evolusi yang harus terjadi diatas muka bumi. Jika dulu sebuah lapangan yang pernah mengalir sungai dan kini kering, tidakkah itu evolusi alam hingga dinamakan kawasan itu gurun.

Ada kawasan yang dulunya satu daerah agung yang bertamdun hebat dengan segala jenis seni  pembangunan, kini tenggelam dibawah permukaan air seperti terdapat di China, Jepun, India tidak kah berlaku disebabkan evolusi walaupun mungkin gempa bumi dan bencana alam lain yang mengakibatkan begitu. Seharusnya ada rencana yang ekstrim seperti kini membimbangkan kemungkinan berlakunya sebegitu yang mungkin tenggelam bersama evolusinya pada waktu itu. Mungkin menuskrip itu ada dan tenggelam bersama sejaranya.

Kita juga dibentangkan dengan masaalah extinction atau penghapusan sebahagian hidupan liar yang begitu ketara. Pernah dilihat beberapa jenis haiwan unik yang pernah ujud dizaman mungkin sebelum lahir ku disekitar seawal abad duapuluh yang kini hanya menjadi gambar lukisan dan mungkin ujud didalam era datuk nenek kita dan kini telah hapus. Pupus disebababkan tiada kesedaran melalui informasi yang mampu disampaikan kepada manusia sejagat. Terlalu banyak yang pupus samada dengan kehendak atau dengan bencana. Jika menjadi tarikan bahan buruan dan makanan memang banyak yang telah hapus. Apakah alam tidak boleh disalahkan menyebabkan kehapusan. Kebakaran hutan terbesar melanda Australia pada tahun 2020 sudah cukup dahsyat hingga dianggarkan hampir dua billion dari berbagai spesis haiwan mati, mungkin mengurangkan bilangan sekalipun tidak menghapuskan.

Ilmu manusia semakin meninggi, itu hanya bandingan dengan masa yang berlalu, kemampuan untuk memulih dengan berbagai cara termasuk mencerna DNA bagi mendapatkan kembali haiwan yang dianggap telah hapus. Itu juga ivolusi yang hebat, diharap dunia bertahan dengan apa yang ada hari ini kekal untuk esok, semungkinnya. Pada hakikatnya esok pasti berubah mengikut kesesuaian nya tersendiri kerana manusia terus membongkar rahsia alam diatas rasa keperluan semasa dan manusia tetap didalam satu lingkungan yang sama meneroka kehidupan baru dengan ilmu baru bersesuaian dengan kehendak baru, hakikatnya benda dan jizim yang ujud masih yang dhulu juga.

Kita dibentangkan dengan kadar pertumbuhan makluk manusia yang menjadi masaalah utama kepada proses mendapatkan makanan untuk semua. Disinilah sempadan memisahkan dan menambahkan konflik. Jika berjalan menyaksikan alam, kita tonton di kaca tv corak muka bumi yang masih luas ini, adakah sudah habis kawasan yang boleh dihasilkan, alasan apa yang mengaitkan manusia semakin terdesak mendapatkan makanan yang cukup berbanding kadar kelahiran. Kita bersempadan dengan fahaman, idolagi dan kuasa, maka tiada apa yang boleh menyelamatkan keadaan melainkan kita mampu mengamankankan garis sempadan kepada kedamaian fahaman. Dimasa yang sama, ilmu ketamadunan sudah mula menyaksikan manusia membasahkan padang pasir yang kontang dan menumbuhkan berbagai jenis tanaman untuk habuan perut, tiada yang tidak mungkin.

Kita ambil Afrika sebagai contoh untuk mengintai peluang menambah hasil bumi, sangat luas buminya yang subur tapi terbiar tergondol tanpa diusahakan. Mereka bercakaran untuk menegakan kerakusan kuasa kecil sesama mereka sedangkan mereka sengsara kelaparan yang amat dahsyat. Apakah tidak ada keinginan pihak luar yang maju untuk berkongsi ilmu menjayakan sesuatu untuk menyelamatkan mereka. Semakin menjadi tidak mudah disebabkan aliran fahaman kecil dibenak jiwa ahli negara mereka. Mereka tidak berhasrat untuk maju seperti dipihak lain maka bumi mereka terbiar kontang sedangkan air mengalir laju cukup utuk menyuburkan tumbuhan yang boleh mengenyangkan penduduk dari kebuluran. Seperti catatan awal tadi, tiada yang tidak mungkin melainkan jika mereka mahukan penyeselaian itu. Hanya kerana negara kita agak makmur maka isu ini terkecuali, tetapi jika diambil kira keluasan muka bumi kita, cukup saja untuk membekalkan keperluan pemakanan seluruh isi negara ini tanpa perlu kepada pengimpotan, namun kesejahteraan membuatkan kita lebih rational untuk berkongsi ekonomi bersama negara lain.

Bumi kekal satu seperti dulu, semuanya ada disitu, tidak kurang sedikit pun air, angin dan hasil buminya, satu pusingan yang berterusan. Kucuali diatas satu kuasa menamatkan nya nanti maka disitu hapuslah cerita ini, yang disebut kiamat mungkin. Selagi tidak, dunia ini cukup untuk sampai bila bila, jika hapus sesuatu pasti kesesuaian akan menyusul mengikut masa, mengikut ketamdunan manusia, mengikut kehendak baru semasa pada akal manusia. Pada umur aku enam puhan sekarang, segala yang berlalu telah aku tempuhi dan aku akui banyak perubahan dan mingkin penghapusan yang boleh dibilang, mungkin ada para cendiakawan yang tidak duduk diam berusaha mengekalkan, tetapi aku terus kedepan untuk menyaksikan penghapusan dan pembinaan kehidupan baru yang aku sendiri berasa terikut dengan nya. Ivolusi membuat aku terpaksa berada disini dengan umur sebegini tanpa kedangaran laungan berlebihan untuk mempertahankan apa yang ada semalam. Hari ini untuk hari ini, semalam untuk semalam, esok pasti untuk esok yang tersendirinya serasi menyusuri pembentukan akal semasa.

Dunia ini baharu mengikut tafsiran agama, pastinya setiap hari akan ada pembaharuan apatah lagi mingguan, bulanan, tahunan dan dekad, mana mungkin kekal jika ianya dunia, jika tidak baru, maka ada harusnya kita masih tidak punya mesin ini untuk merakamkan coretan secara ini. Didalam cerita fiction, kita lihat betapa berimiginatifnya manusia terhadap corak kehidupan masa depannya. Ada kemungkinan manusia akan seperti itu satu ketika nanti dan setelah mereka menetap didalam suasana sebegitu untuk tempoh yang lama, pasti akan terbit pula satu dokumentari yang mempertahankan cara hidup begitu jika ternampak berlakunya perubahan yang mungkin menggugat corak itu. Itulah evolusi yang mengikut rentak ilmu akal. Mungkin indah agaknya jika kita berpeluang untuk kembali kezaman nabi nabi dulu atau ratusan tahun ditanah air kita dulu, sekalipun alam persekitarannya dipenuhi kemurnian tiupan udara, haiwan liar banyak dicelah belukar, itu hanya hayalan, kita tetap kedepan seperti gerak jarum jam, namun pusingan itu kekal di situ didalam sebuah kotak yang di sebut jam. Kita sini untuk hari ini dan disana untuk hari esok dan seterusnya. Kita hanya mencari penyebab berlakunya kelemahan tetapi kita juga pembuatnya kerana kita dibina diatas landasan bersempadan dengan fahaman dan ideology yang terlupa mahu tidak mahu ivolusi akal terus mengubah kita.

Apakah tidak mungkin sungai yang dulu kita alunkan irama merdu sambil bersantai dicelah celah belukar kecilnya, walaupun kini alirannya berwarna kabur, akan sekali lagi kembali seperti dulu. Apakah tidak ada perkara seumpamma itu dinegara nagara lain yang dulu terlupa dimasa mendadak memburu imeg teknologi tertinggi, kini mendewakan diri dengan memaparkan imeg cantik dengan kejernihan sungai dan ikan ikan berenang bebas tanpa dipedulikan oleh sang pengail. Dulu mereka telah memusnahkan dan kini mereka tersedar untuk memulihkan, dan proses pemulihan ini akan diselitkan dengan masaalah yang sedang dihadapi dunia bagaikan mereka tidak pernah menjadi pemusnah. Kesalahan akan diletakan dibahu pihak baru sedangkan evolusi itu terpindah diatas rancangan mereka. Evolusi, untuk esok semua ini cerita semalam.

Sempadan dan ideologi akan terus menjadi penggerak walaupun itulah asas kepada konflik pemikiran maupun kekuatan fisikal, disitu jugalah kita akan sedar bahawa alam bumi tidak pernah terkurang satu apa pun dari sejak adanya, itu lah Satu Bumi ini yang terus berputar seligat 365 hari dalam ukuran satu tahun mengelilingi orbitnya. Akan terus diteroka oleh makluk bernama manusia selagi adanya, hanya pelakunnya yang terus berbeza dengan skrip yang hampir tidak berubah dari dahulu kala mengikut kesesuain kehendak semasa.