Saturday, June 15, 2019

Tua Diperjalanan


Tua di perjalanan.
Perjalanan lancar dari Cheras-Temerloh ikut hiway karak. 1000 – 1130 sampai simpang masuk ke Bera jalan lama Federal bawah jambatan Sg Pahang Temerloh. Aku jangka sekitar 45 minit boleh sampai ke destinasi rumah kenduri, di Felda Sebertak, lebih kurang kul 1230 tengah hari.
Cuasca panas, perjalanan lancar lebihkurang  5 km kedepan, air sungai Pahang dekat dekat mencecah tebing, nampak kiri kanan kesan banjir dan masih ada rumah rumah yang terendam. Air berlumpur bertakung atas jalan tapi boleh je redah sebab tak cecah lantai sangat. Kereta pun dah sikit sikit macam kereta offroad, bertapuk lumpur. Tak sampai 1 km kedepan, nah dah mula bebaris panjang khasnya kereta kereta kecik. Buka tingkap, otar otar tangan dengan yang sedang melepak tepi jalan tu, ‘air melimpah jalan, 4 wheel lori boleh’, katanya. Dekat kampong Pangsenam. Berombak rombak air dari sungai Pahang tu menujah tebing melimpah kejalan.
Aku turun relek dan berjalan nengok. Memang separuh tayar lori tenggelam. Tunggu juga sama sama dengan yang lain tu. ‘ni kang kul 4 habis lahhh’. Kul 4 ?, nak kenduri pemende nya. ‘Nuh pegi ikut  Sekolah Seri Tualang, jalan elok boleh jugek keluar ke Bera nuh’. Aku pun reverse ikut cakap dia, sapa entah lah, aku rasa dia orang kampng situ.
Sampai dekat sekolah, buntu, tak nampak simpang pun. Tanya pak jaga. ‘Patah balik kebelakang, ikut lorong jalan bebatu batu tu’, diarahnya aku. Ikut jangan tak ikut. Nampak kereta keluar, aku tahan, tanya. ‘Tak leh memanjang jalan tu pun berair jugek, cuba kedepan nu ikut jalan Kampung Tualang nu’. Ikut jangan tak ikut, dah terasa lewat nak nyampai kenduri. Sampai je simpang tu dah nampak sign board. Simpang ke Bera. Huh seronok, meluncur laju bengkang bengkok celah kampung, jalannya elok. Tak berapa km nampak macam ada yang tak kena. Tahan budak muda naik motor. ‘Dik boleh ke Bera ikut ni?,’.’ Tak boleh jalan tenggelam tengoh tengoh nu.’
Hati nak sarender dah, dah buntu dah. Terai lagi masuk semula ikut jalan utama ke Bera tadi. Tak de beza apa, beratur panjang gitu jugak dekat tempat yang sama.
Tak silap dah 130 tengahari dah. Cantik lah tu, reverse nampak kedai jual ikan patin hidup, berenti, sambar patin dua ekor dengan ikan temoleh dua ekor. Terus ke bandar nak cari kedai makan masak tempoyak patin. Rata rata semua sesak, maklumlah orang bercuti CNY. Kona sana kona sini sudahnya singgah gerai Bukit Angin tu jugalah, pekena dulu. Habis cerita dan habis soru aku belah balik Cheras. Walaupun alternative lain untuk ke Bera tu ada tapi bertambah jauh dan bertambah petang.
Tersentap pulak dengan macet, sampai je Kampong Sungai Dua lebuh Raya Karak jalan raya dah mula meriah. Teresut resut. Masuk simpang Bentong Timur terus ke Ketari masuk jalan Faderal lama ke Janda Baik. Sangat baik, dekat hentian sebelah Genting Sempah, masuk balik Lebuh Raya. Keluar terowong, lebuhraya disirami air sampai lah kerumah. Setidak tidaknya alam menjadi sejuk menebat kebosanan. Masuk maghrib sampai rumah. Lebai tidaklah malang semalang lebai malang didalam kisah silam kerana kami ada patin dan temoleh yang menanti untuk dilaukan.
Agaknya aku tercicir dari info yang berkenaan gangguan jalan tu. Nak melencong ke alternative lain bukannya dekat dekat. Letih free je, kalau dedulu aku tentu rempuh pusing ikut manapun janji sampai. Tak sangka aku dah berumur macam orang orang tua, rasa macam baru nak tua.
Aku masih menyelongkar hikmah disebalik kisah ini. Ok sapa rasa nak makan patin masak tempoyak, maih ke rumah. Temoleh nak masak bakar.

CNY 2017


No comments:

Post a Comment