Saturday, June 15, 2019

Teka Teki


Teka Teki


1
Ada empat ekor gajah, tetapi warden hanya boleh tangkap dua ekor sahaja, bagaimana nak tangkap semua ?

2
Ada yang beli, ada yang jual, yang membeli tak mengguna, yang mengguna tidak tahu dia sedang guna, benda apakah itu ?

3
Ada seorang wanita yang sarat mengandung dan nak bersalin, lalu suami dia bawa isteri tu ke hospital. Dia melalui ladang sawit dan lombong bijih timah. Apabila anak dia lahir, dinamakan Fatimah. Kenapa ?

4
Air dipotong tak putus, bilakah air boleh dipotong dan putus ?

5
Anaknya lahir dahulu dari ibu, benda apakah itu ?

6
Apa bezanya antara buaya air dengan buaya darat ?

7
Apa bezanya antara kereta baru dengan isteri baru ?

8
Apa bezanya antara lampu stadium dan lampu bilik tidur ?

9
Apa sebab ubi berisi, apa sebab pencuri kena tangkap dan gigi jadi sakit ?

10
Apabila suami dapat, maka isterinya pun dapat sama, tetapi bila si isteri yang dapat, si suami tak mendapat sama, apa bendanya ?

11
Apabila rusa dan kancil berlaga, siapa yang mati ?

12
Apabila kita berdiri dia tidur, apabila kita tidur dia berdiri, benda apakah itu ?

13
Apabila masuk kembang, keluar kecut, benda apakah itu ?

14
Apakah nama sebuah bukit yang terkenal di Pulau Pinang, dan apa pula sebutan namanya didalam bahasa Inggeris ?
15
Apakah nama sejenis binatang jantan dibumi ini yang mempunyai banyak telur ?

16
Asap ada, api tiada, apakah benda itu ?.

17
Atas pokok ada buah atas buah ada pokok, apakah benda itu ?

18
Ayam berkokok, harimau ?

19
Ayam tinggal direban, kucing tinggal dimana ?

20
Banyak-banyak barang yang kita miliki, barang apakah yang tidak boleh digunakan ?.

21
Banyak-banyak binatang dilaut, binatang apakah yang paling tua ?

22
Banyak-banyak inti, inti apa yang tidak boleh di makan ?

23
Banyak-banyak jenis bas, bas apakah yang tiada berinjin ?.

24
Banyak-banyak Pamiran kenderaan, Kancil, Rusa, Kenari jarang sangat masuk pamiran, kenapa ?

25
Basikal apakah yang berjalannya berasap, parking pun berasap ?.

26
Basikal yang elok ada tongkat, tetapi basikal Afif sudah rosak dan tak ada tongkat, terpaksa disandarkan sahaja, sandarkan dimana ?

27
Berseorangan kita tahu, berduaan pun kita tahu, tetapi kalau bertiga susah nak tahu, kejadian apakah itu ?.

28
Bersisik bukannya ikan, ada mahkota bukannya raja, benda apakah itu ?.

29
Bila kita berjalan dia berjalan; bila kita berhenti dia berjalan tetapi bila dia berhenti kita jalan, apakah benda itu ?.

30
Bila sebuah kapal karam, semuanya mati tetapi ada satu yang hidup, apakah dia ?

31
Binatang apakah yang ada pekakas dapur ?

32
Binatang apakah yang kakinya diatas kepala, tangannya diatas kepala dan kepalanya diatas kepala ?

33
Binatang apakah yang paling kaya ?

34
Binatang apakah yang paling miskin ?

35
Binatang apakah yang pekak / yang tidak datang apabila tarzan panggil ?

36
Binatang apakah yang tulangnya satu ?

37
Buah apakah yang makan buah?


Buah apakah yang sebelum makan, nak mendapatkanya,  kita mengeletar dulu ?

38
Bintang apakah yang tedapat banyak dibumi ?

39
Buah apakah yang tidak bertangkai ?

40
Buah ceri dan buah durian, kalau jatuh menghimpap kepala kita, mana lebih sakit ?.

41
Buah durian selalunya gugur sebelah malam, kenapa ?.

42
Bunga apakah apabila disiram dia mati ?.

43
Burung apakah yang paling baik didunia ?

44
Burung Raja Udang tinggal dimana ?

45
Cantumkan satu huruf Rumi dan satu huruf Jawi yang akan
menjadikan satu pekakas rumah ?

46
Dari akar hingga kepucuk kelapa, apakah benda yang tak boleh di makan ?.

47
Diatas sebatang pokok terdapat tiga ekor burung, seekor darinya terkena tembakan dan jatuh, berapakah yang tinggal ?

48
Didalam banyak-banyak jenis kuih baulu, baulu apa yang baunya tidak menyenangkan ?

49
Didalam batang ada daun, didalam daun ada isi, apakah benda itu ?.

50
Didalam ikan diluar ayam, benda apakah itu?.

51
Didalam perjalanan kesekolah, tiba ditengah ditengah jalan hari pun hujan, apa yang perlu kita buat ?

52
Didalam satu kemalangan antara basikal dengan basikal, tiada yang rosak tetapi terdapat satu tempat  bengkok, dimana agaknya ?.

53
Didalam satu perlumbaan antara ketam dengan udang, tiada siapa yang menang yang sampai kegaris penamat, kenapa ?

54
Didalam sebuah bas, terdapat seorang tua, seorang muda dan seorang anak, apabila bas berhenti apakah yang turun dulu ?

55
Didalam sebuah perahu terdapat seorang Raja, seorang Nabi dan seorang biasa, tiba-tiba perahu itu karam, siapakah yang mati ?

56
Disebuah kampung terpencil, ada sebuah warung dan dikunjungi oleh seorang Negro dan seorang Mat Salih, kedua orang itu tidak pandai berbaha
Melayu dan hendakan telor goring, apabila dihidang, si Negro dapat telor goring hangus hitam, dan si Mat Salih dapat telor goring yang elok biasa, kenapa. ?

57
Dua ekor anjing, seekor kecil dan seekor besar dan gemok, kedua-dua berenang dari satu pulau kesatu pulau lain, sikecil mengeluh kerana keletihan sedangkan sigemuk relek aje, kenapa ?

58
Ejaan S.A.T (sat) kalau terbalikkan jadi TAS, S.U.P itu sup kalau kita terbalikan jadi apa ?.

59
Eja dan bunyikan, O, N, O bunyinya ono : O, N, I bunyinya oni, dan O N, E bunyinya apa ?

60
Emaknya Negro, Bapaknya Mat Saleh, dapat anak dan apa warna gigi anaknya yang baru lahir tu ?

61
Gajah lalu patah titi, kambing lalu patah apa ?

62
Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan apa ?

63
Huruf jawi apakah yang boleh terbang ?

64
Ikan apakah yang miskin ?

65
Ikan dilaut, pada waktu malam meraka bermain dan mencari makan, tapi siang meraka jadi apa ?

66
Ikan yang selalu tak sihat, ikan apa ?.

67
Ikannya banyak jenis tetapi mempunyai satu nama, ikan apa ?.

68
Jam apakah yang bergulung ?.

69
Kalau empat terdapat sedikit-sedikit, kalau tiga terdapat jarang-jarang, kalau dua terdapat kadang-kadang, kalau satu terdapat banyak-banyak, apakah itu ?

70
Kalau dipotong menjadi panjang, kalau dicantum menjadi pendek, apakah iu ?

71
Kalau gajah naik bas, manusia naik apa ?

72
Kalau suami balik dari outstation, siisteri akan sambut dan beritahu anak, “abah balik”, tetapi kalau suami menyambut isteri balik dari outstation, apa yang dia sebut ?

73
Kalau manusia panjat pokok nampak bukit, kalau kura-kura panjat pokok nampak apa ?

74
Kalau semua haiwan menjadi ikan, ikan menjadi apa ?

75
Kecil hitam, apabila besar putih, apakah itu ?

76
Kembar apakah yang paling tinggi didunia ?

77
Kereta dan motosikal, yang manakah lebih tua ?


Kuih apa yang hanya di makan sebelah tepi sahaja
78
Kumpulan penyanyi The Beatle suka pakai kala hitam, Scorpion kala apa ?.

79
Lembu , rumput, tahi , makan. Cuba susun perkataan tersebut hingga menjadi satu ayat yang betul ?

80
Macam mana nak sediakan resipi goring ayam rasa telur ?

81
Makanan apakah yang paling sedap ?

82
Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau ?

83
Mengaum bukan harimau, ada belalai bukan gajah, apakah dia ?

84
Mouse computer jantina apa ?

85
Mula-mula dibukakan baju, kemudian dipakaikan bedak, kemudia terjun kedalam kolam, apakah benda itu ?.

86
Nak guna kita baling-baling, tak guna gantung-gantung, benda apakah itu ?

87
Orang buta dengan orang buta huruf, diamanakah persamaannya ?.

88
Pandang dari atas terdapat satu lubang, pandang dari bawah terdapat dua lubang, apakah itu ?.

89
Paya Singa, benda apakah itu ?.

90
Peduli sedikit, banyak yang lkut kita ; kalau kita ambil peduli banyak, sedikit yang ikut kita, benda apakah itu ?.

91
Pelumba haram motosikal dipanggil Mat Rempik, kanak-kanak bermain ditengah jalan dipanggil apa ?

92
Pergi terbang balik berenang, benda apakah itu?

93
Pokonya diatas bukit dan daunnya didalam air, benda apakah itu ?

94
Polis Malaysia dan Indonesia, yang mana lebih dahulu ditubuhkan ?

95
Sahkah sembahyang dengan membaca ayat “Cepat-cepat”?.

96
Satu kilo kapas dan satu kilo besi yang mana lebih berat ?

97
Sebuah kapal layar berlayar dari utara keselatan, kemanakah hala asapnya ?.

98
Sebuah kapal selam masuk ke Gua Batu Cave, dia keluar kat mana ?.

99
Sebuah kenderaan terdapat seorang penumpang tetapi terdapat ramai pemandu, kenderaan apakah itu ?.

100
Seekor monyet, pandai bercakap dan menyanyi, lagu yang dinyanyikan semua disukai orang ramai, tetapi pada satu hari, dia dibenci dan dimarahi kerana menyanyi sebuah lagu, Lagu apa?

101
Sejenis binatang yang selalu sakit dan perlu selalu diberi ubat ?

102
Sejenis bunga warnanya sangat hitam, bunga apakah itu ?.

103
Sejenis mi yang berwarna hitam, mi apa ?.

104
Sejenis nasi yang bukan untuk dimakan ?

105
Sejenis pokok, ada  daunnya, ada dahannya, ada bunganya, ada buahnya ,ada semuanya, pokok apakah itu? (Soalan dicakap dalam loghat Indon)

106
Sekali sebut dekat dua kali sebut jauh, benda apakah itu ?

107
Selain manusia benda apakah yang menyebut nama dengan menggunakan ‘bin’ ?

108
Selain manusia siapakah yang puasa ?

109
Selapas kita tanam, kita boleh cepat dapat makan, apa dia ?

110
Semakin dipotong semakin bertambah tinggi, benda apakah itu ?

111
Semasa duduk dia tinggi, semasa berdiri dia rendah, apa dia ?

112
Seorang saudagar hartawan yang berkeluarga besar, apabila dia mati anaknya bergelar apa ?

113
Si Mat naik basikal, dibawa beruk dan diletakkan didepan, bukan dibelakang, kenapa ?

114
Sudah dipotong tapi masih tetap panjang, benda apakah itu ?

115
Susah-susah cari dah dapat dibuang ?

116
Taukeh tinggal didalam rumah banglow, manager tinggal didalam rumah besar, kuli tinggal dimana ?

117
Ten + Ten + Ten (Ten plus Ten plus Ten)  samajuga berapa ?

118
Terdapat sejenis mi didalam tin, mi apakah itu.

119
Terdapat sejenis pedang, ianya amat tajam ‘sekali’, tetapi selepas menetak sebatang pokok pisang ia tidak boleh digunakan lagi, kenapa?.

120
Tiang diatas rumah dibawah, apa dia?

121
Tiga mata dan satu kaki, benda apakah itu ?

122
Yang mendidik, kita panggil mereka Guru, yang mencuri kita panggil apa ?






No comments:

Post a Comment