Katanya mereka dengan bangga membesar anak
Menjadi
Dijaja menjadi
Lalu sikerdil sisi mengecil jiwa
Esok pagi terbit suria pancaran baru
Tercicir mereka leka dengan sanjungan menjadi
Nanti dan menanti jawatan ternama untuk sebutan
Tiada mereka didalam panggilan
Kita tersembunyi dengan kecilan jiwa
Lara hanya meminta dari yang Esa
Mengatur mengikut detik dikadar
Kerna kita tidak ada daya upaya
Terbitan suria baru menyinari sanubari
Bersemayam dengan kalimah syukur
Dapat berteduh dari terikan sinar yang semakin perit
Kita hanya perlu lanjutkan syukur
Asal muda ke tua lalu uzur didalam rencana
Dan hari ini diganti bersilih dengan redha
Melihat agihan Ilahi menepati kadhoNya
Dan aku tiada ragu dengan laku bersembunyi
Kita bukan pemilik alam
Sekalipun seulas beras dan seteguk air
Tetapi kita perlu pulangkan ungkap kita
Pada yang sebenar benar pemunya
Tutupilah lembaran layaran dimata
Dengan berserah pada pemilik azali
Kerna kita didalam sebuah kitab termaktub
Dengan ikatan bahawa Tuhan tidak memungkiri janji
BTP Ogos 17
No comments:
Post a Comment