Apa guna kepuk diladang
Kalau tidak berisi padi
Apa guna keris dipinggang
Kalau tidak berani mati
Apa guna pasang pelita
Jika tidak dengan sumbunya
Apa guna bermain kata
Kalau tidak dengan sungguhnya
Jika tidak dengan sumbunya
Apa guna bermain kata
Kalau tidak dengan sungguhnya
Apa merayap ditengah sawah
Anak terkikir dilubang batu
Apa diharap kepada saya
Saya yang miskin lagi piatu
Asal kapas menjadi benang
Dari benang dibuat kain
Barang yang lepas jangan dikenang
Sudah menjadi hak orang lain
Asap api embun berderai
Patah galah haluan perahu
Niat hati tak mahu bercerai
Kehendak Allah siapa yang tahu
Patah galah haluan perahu
Niat hati tak mahu bercerai
Kehendak Allah siapa yang tahu
Ayam hutan terbang ke hutan
Turun ketana mencari makan
Hendak memikat burung dihutan
Burung disangkar mati tak makan
Bagaikan kabus diwaktu petang
Melayang tinggi diatas gunung
Jangan ditiru ayam di kandng
Bertelur satu riuh
sekampung
Baik baik berlayar rakit
Jangan sampai putus talinya
Kasih sayangku bukan sedikit
Jika boleh mati bersama
Banyak orang mengetam pulut
Saya seorang mengetam padi
Banyak orang karam di laut
Saya seorang karam di hati
Banyak udang banyak garam
Banyak orang banyak ragam
Batang selasih permainan budak
Daun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun bertemu juga
Berakit-rakit kehulu
Berenang-renang ketepian
Bersakit-sakit dahulu
Bersenang-senang kemudian
Buah berangan masaknya merah
Kelekati dalam perahu
Luka ditangan nampak berdarah
Luka dihati siapa yang tahu
Buah cempedak diluar pagar
Ambil galah tolong jolokan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukan
Buah jering di atas para
Diambil budak sambil berlari
Hingga kering lautan Melaka
Baharulah saya mungkir janji
Buah langsat kuning mencelah
Senduduk tidak berbunga lagi
Sudah dapat gading bertuah
Tanduk tidak berguna lagi
Senduduk tidak berbunga lagi
Sudah dapat gading bertuah
Tanduk tidak berguna lagi
Buah papaya dihiris hiris
Jadi hidangan diwaktu senja
Usah percaya mulut yang manis
Mulut yang manis ada maksudnya
Buai laju-laju
Sampai pokok sena
Apa dalam baju
Sekuntum bunga cina
Buai tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Belum tumbuh gigi
Sudah pandai baca kitab
Buat ketupat berisi inti
Santapan Puteri muda remaja
Sudahlah dapat hajat dihati
Seumur hidup tetap bersama
Budak budak bermain antan
Antan berendam didalam pasu
Memeilih intan jangan serang intan
Jangan terkena intan yang palsu
Bulan ini bulan puasa
Orang bertapa siang har
Apa nak takut ular yang bisa
Penawar ada di tangan kami
Bunga cina jambangan cina
Bungkus inai dalam kertas
Sungguh saya bina tak bina
Didalam hati haram tak lepas
Bunga Melur kembang sekaki
Mari dibungkus dengan kertas
Di dalam telur lagi dinanti
Inikan pula sudah menetas
Mari dibungkus dengan kertas
Di dalam telur lagi dinanti
Inikan pula sudah menetas
Bunga selalsih bunga padi
Buat hiasan didalam taman
Pertama kasih kedua budi
Yang mana satu jadi pilihan
Burung kakak tua
Hingga dijendela
Nenek sudah tua
Giginya tinggal dua
Burung kenek kenek
Hinggap bawah batang
Apa pesan nenek
Cepat cepat pulang
Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor ditengah laman
Hendak mati dihujung kuku
Hendak berkubur ditapak tangan
Burung nuri burung tiung
Turun makan ditepi pantai
Hajat hati nak peluk gunung
Apakan daya hajat tak sampai
Burung Nuri terbang malam
Hinggap mandi dalam taman
Cinta jangan dibuat mainan
Nanti merana badan
Burung Nuri terbang tinggi
Balik mari keatas dahan
Mari-mari kekasih hati
Aku rindu kepada tuan
Cawi-cawi di akar tuba
Jatuh di bawah dipuput ribut
Dik apa hati tak hiba
Kasih bercerai di dalam selimut
Dahulu parang sekarang besi
Dahulu sayang sekarang benci
Dari Jawa ke Bengkahulu
Membeli keris di Inderagiri
Kawan ketawa ramai selalu
Kawan menangis seorang diri
Membeli keris di Inderagiri
Kawan ketawa ramai selalu
Kawan menangis seorang diri
No comments:
Post a Comment