Wednesday, October 16, 2019

Syurga di telapak kakinya*.


Syurga di telapak kakinya*.
Mungkin harus sekelian kita sesali kerana tidak menjadi nya*. Disatu sudut, hak itu sangat sempurna kerana kita harus memuliakan orang yang melahirkan dengan segala proses laluan yang mencabar hingga tersergamlah kita menjadi tontonan idaman hati mereka*, membesar, dewasa dan berjasa.
Maka dengan nobat dari Ilahi itu ada juga diatas nama makhluk manusia, ada yang terpesong dari asas pemikiran yang bagaikan mutlak diberi kuasa diatas namanya* dan bagaikan tiada siapa berpeluang kesyurga diatas kesilapan tidak menyuburkan namanya*.
Syurga hak semua kerana itu milik tuhan, kita hanya diilmukan dengan pembentangan supaya dicari untuk perolehi nikmatnya nanti. Kita semua pasti mendiaminya mengikut gilir ganti yang terdaftar, kecuali menurut kalam, mereka yang syirik sahaja tidak ada didalam barisan itu.
Dihujung hujung ini kuasa semakin bertambah mutlak diatas nama itu*. Semuanya benar dan jelas untuk dijatuhi hukum bersalah kepada waris yang dilahirkan jika tercetus detik yang dijulang sebagai durhaka. Hampir tiada yang tidak durhaka dan hampir tiada yang berpeluang kesyurga kerana kuasa itu dengan ketetapan garis panduan durhaka itu tidak sukar difahami.
Adakah itu mengizinkan mereka* terkecuali dari asalnya siapa mereka* sama juga seperti yang dihujahkan diatas. Mereka* terus bebas segagah pemegang kunci syurga hingga perkara bersalahan itu tidak boleh jatuh keatas didiri mereka* kecuali yang bawahan sahaja.
Paparan tentang sombong dan ego di benat kalbu yang terdapat setitik sekalipun sudah melengahkan malahan menafikan syurga untuk kita, mungkin hak ini tidak termasuk didalam akta itu diatas namanya*, kerana mungkin itu terkecuali dari sifat kelemahan akhlak sahaja.
Mereka* pernah mungkin melakar sejarah yang serupa diwaktu waktu indah mereka* dahulu. Dan berkemungkinan dengan sejarah itu membuatkan mereka* sebegini pada masa ini. Mungkin mereka* tidak pernah bersalah pada rang tua, suami atau sesiapa, maka itu juga bukan garis yang mengukuhkan mereka bebas dari pemilik buku hisab.
Sedih dan kecewa bila diukur dari keterbukaan dan dengan batas batas ilmu untuk terjadinya ungkapan trajis dari mereka yang meluncur laju menghukum lahiran mereka* hingga terasa tidak mungkin disyurga nanti adanya makhluk yang disebut anak untuk mengisinya.
Selangkah kecil dari kesilapan sudah difatwakan dari mulut mereka* untuk tidak membolehkan syurga kepada waris maka pastinya menjadikan mereka* lebih dari dari segalanya dan pengisi syurga nanti hanya yang berstatus mereka* sahaja.
Itu nukilan yang sekadar adanya rasional didada untuk memandang kelebaran syurga bukan hanya untuk sesiapa menurut pllihan kita, tetapi memikirkan bahawa kebahagiaan duniawi dan akhir nanti dipandu oleh keterbukaan jiwa yang dikuasai oleh Ilahi bukan menurut kata diri.
Mereka* akan tetap menjadi tanggungjawab yang bukan untuk dibahaskan hingga tertolak nilai kebesaran mereka* yang tiada nafinya telah termaktub padu didalam naskah tuhan juga asuhan para rasulnya. Kemenangan menanti pada waris yang sekalipun dijajah kuasa kecilnya hingga terdampar meraung dihati kerana pukulan ayat mereka*. Kukuhkan di raga agar ulangan itu terhenti agar tiada lagi sorotan baru muncul mengantikan yang beralalu untuk tidak menggoncang waris yang menyusul.
Untuk pewaris mereka* juga harus diterokai ilmu agar tidak berkehendakkan waris turutan yang bersilih ganti nanti mengosongkan syurga yang dicita, sama sama menikmati hak agihan Ilahi yang memang diberi kepada kita, bukan diatas pilihan manusia, aku boleh dan kamu tidak.
Syurga hak semua. Allahuallam.



No comments:

Post a Comment