Sunday, October 6, 2019

Seloka pengemis dikotaraya.

Not that easy to capture this unpretentious moment in life.
Seloka pengemis dikotaraya.
Sekitar jam 11 pagi berhampiran sebuah kedai buku di jalan utama pusat bandaraya ibunegara. Setelah sama sama berlegar di kedai buku itu dan buku yang dicari diketemui, aku dan isteri berdiri diluar kedai sambil menunggu anakku mendapatkan sejumlah besar buku agama yang di pesan untuk dijadikan gift disatu program ofisnya.

Dilaluan persisiran kedai yang sudah mula menampakan kerancakkan peniaga dan penggunjung, terselitlah satu seloka yang mencuit ingatanku.

Seorang lelaki agak segak, cerah kulitnya dan berpakaian kemas, tidak jauh jangkaan usianya menyamai usia ku, secara rambang melalui riak tubuhnya ku lihat dia sihat kerana pergerakannya yang masih mantap.Tidak nampak sebarang kecacatan fizikal maupun penglihatan.

Tiadalah tujuan ku untuk memperduli matlamat dan tujuan dia berada disitu selain dari memikirkan dia adalah saorang pengunjung atau pelanggan ke kedai yang sama semata mata.

Pertama sekali kulihat di selitkan sebatang payungnya disudut tepi dicelah lipatan pagar gril yang berlipat dipenghujung pintu kedai. Hati ku berkata pasti dia berhajat untuk masuk kekedai buku kerana itu. Kemudian deras saja diletakan beg sandangnya yang cantik berwarna hitam disebelah pintu masuk kedai yang agak terlindung sedikit di sebalik kain iklan kecil tetulis KADS1M KAD CERIA DITERIMA DISINI.

Satu lokasi yang sangat sempurna didalam rancangan hatinya. Malahan dari gerak yang penuh yakin aku rasa dia bukan baru disitu.

Seloka semakin merancakkan putaran otakku.
Zip beg dibuka dan dikeluarkannya tikar lipat yang bersilangan warna pelangi dan masih berlipat kemas lalu diletak dilantai untuk lapik duduknya. Pasti cukup confort dan sangat santai memerhati lalu lintas kenderaan dan langkah kaki pengunjung bandarayaku.

Dibentang sekeping kertas selebar akhbar tabloid untuk melapik pekakas pekakas mengikut skripnya.
Dikeluarkan beberapa naskah kitab kecil agama yang umum kita lihat diwaktu terbujurnya mayat diruang rumah untuk dilagukan oleh pengunjung yang bersyahdu.

Tidak mahu beralih mataku menjeling kerenah pintarnya. Dia memakai kupiah hitam cantik seperti juga yang ku pakai. Berlainan dengan aku yang terpaksa memakai untuk melapik kawasan lapang dipuncak itu dari panahan suria kerana rumput rumputnya sudah lenyap.

Dari beg itu dikeluarkan sebuah songkok hitam agak usang lalu dipakai megantikan kupiah cantiknya dan kupiah itu diterbalikkan bagaikan mangkuk dan diletakan dilantai lalu diisikan pula beberapa keping wang syiling serta tiga keping duit kertas berwarna biru. Itu mungkin lebih tepat disebut sebagai pengeras.

Dengan penuh harap dari Tuhan yang Maha Mengetahui, dengan serangkai biji biji tasbih berwara hitam berjumlah 100, tinggi diangkat tangan searas hidungn lalu berdoa seketika dengan harapan tulus agar dilunaskan hajatnya. Aaamiiin.

Diturunkannya kembali tangannya keatas riba dan dengan mata yang khusyuk kelantai, pejam pejaman, sambil jejarinya memetik satu persatu biji tasbih mewiridkan kata hati.

Mungkin anggaran lima belas minit tempuh babak yang ku rakam difikiran itu sudah sangat lebar untuk ku tintakan di lakaran ini. Ku kongsikan juga pada isteri untuk sekadar mengimbas imbas tetapi jangan merenung kerana jika terlalu lama aku khuatir jodol lakaran ku akan terpesong dan tersiar luas.

Tuhan, kau sangat Agung.
Kau jadikan pengunjung disana punyai hati yang mulia dan pemurah. Itualah hati rakyat 1M.

Lima belas minit sahaja sudah menampakkan hasil yang termakbul.  Makcik makcik manis, nak muda belia membongkok lentok lembut meletak kepingan berbagai warna kedalam kupiah keramatnya.
Aaaamiiin.

Jelingannya senget sebelah matanya merenung isian lalu diambil dengan alunan sentimental dipindahkan kedalam saku dengan meninggalkan pengeras asal untuk terus menarik hasil.

Buku dipesan pun siap  untukku pendekan rakaman.
Tuhan tolonglah. Ku tinggalkan lokasi itu menuju keparkir dan aku berjenaka kepada isteri dan anak, wauu boleh saja jika aku ingin berseloka begitu.
Dikota ini.

No comments:

Post a Comment