Friday, February 10, 2017

Goreng - Pisang - Goreng

Menggoreng.
Terpampang hampir dimana di negara kita penggunaan iklan menjual pisang goring dengan tulisan ‘Goreng Pisang’ dan yang terbaru "Goreng Pisang Cheese". Aku tidak cekap dalam menganalis tata bahasa secara tepat, tetapi aku sedar akan kelemahan ini yang seharusnya tidak menjadi pandangan ringan. Kenapa terjadi begini, kerana pandangan ringan, sudah tentu. Bahasa kita lengkap seadanya, bahasa jiwa bangsa, bangsa melayu, bangsa Malaysia. Sayangnya memandang ringan itulah menyebabkan berlarutan menjadi satu tabiat tetap yang sukar di kikis, di ubah kembali kepada asalknya.
Bercakaplah dengan sesiapa sekalipun, aku meyakini hampir 99 peratus menyebut ‘goreng pisang’ untuk pisang goreng.  Jika teringin sesorang dari kita memakan pisang goreng, pastinya ungkapan ‘goreng pisang ‘ akan menepati selera mereka.
Didalam tata tata bahasa, sukarkah kita membezakan sebutan nama dan perbuatan. Pisang goreng sah satu nama kepada satu jenis kuih, goreng adalah perbuatan.  Sukar hanya untuk pisang goreng, kerana kita mencipta sesuatu mengikut kata hati bukan bersandarkan ilmu pengetahuan dan akhirnya melekat sebati di mulut individu hingga ke satu Malaysia.
Ok kita singgah dikedai makan untuk memesan nasi goreng, silakan. Cuba ubah sebutan anda kepada ‘goreng nasi satu atau goreng mee satu'. Anda tidak mampu kerana anda tahu salahnya, tetapi anda pastinya menyebut 'buat nasi goreng satu' atau 'minta nasi goreng satu'.
Bahasa jiwa bangsa. Sekalipun aku tidak perlu memandang hebatnya bahasa asing, tetapi susunan bahasa mereka kemas dan tidak mudah tergelincir dari maksud.
Adakah ini kelemahan bahasa kita atau tabiat tidak mengambil usaha memperkemaskan tutur kata dengan bahasa yang mudah ini.
Bahasa jiwa bangsa. Aku mahu makan pisang goreng. Bukan mahu makan goreng pisang, makan dan menggoreng pisang.

Bahasa jiwa bangsa.



No comments:

Post a Comment