Bersedekah.
Bersedekah satu perbuatan yang menyampaikan, memberi,
menyalurkan, menghulurkan sesuatu kepada satu pihak lain dengan niat kerana
Ilahi. Niat adalah hak peribadi tersirat, tersembunyi didalam dada dan tiada
sesiapa yang boleh mentafsirnya. Adakah nilai sedekah itu benda atau barang
yang di sampaikan. Hakikat sebenar ialah keihlasan, ketulusan hati yang
mengiringi perbuatan . Jika niat dan perbuatan menyimpang maka tidak tepat
memperolehi erti sedekah, cukup sekadar pemberian sahaja.
Teringin menyentuh tentang memberi sedekah pada haiwan,
terutama dengan kisah kisah yang banyak di dengar berkenaan memberi makan
kepada kucing. Kucing haiwan indah, dimuliakan disebabkan kaitannya dengan
Rasullullah. Dengan kemulian itulah seharusnya di pertingkatkan kaedah memberinya
sedekah atau memberinya makan.
Disebuah kedai makan yang agak cantik dengan kunjungan
pelanggan yang ramai kerana lauk pauknya beranika dan sedap, sedang makan makan
seekor kucing datang mengiaw di kaki kerusi seorang pelanggan. Kucing bertabiat
begitu, selagi tidak diberi selagi itulah dia meminta. Banyak mana pun diberi,
tetap terus meminta minta. Kejadian begini adalah kerana didikan dan disiplin
asal yang tidak pernah mereka alami, sedangkan kucing peliharaan kurang
berkelakuan sedemikian. Dengan rasa simpati hati sipelanggan tadi mengopek
sedikit dari ikan di dalam pinggannya dan meletakan di lantai.
Maha suci Tuhan. Kucing haiwan yang mulai makan bagai sihina
di lantai lantai yang kotor. Dimana arti mengasihi, itu hanya sekadar melepaskan sesak sahaja, skop kita kena labih luas dari itu.
Sebaiknya ambil makanan yang hendak diberi, bawa ke satu
sudut yang jauh dari kita, bersih lantainya, ajak atau ambil kucing itu dan
berilah makanan disitu. Itu nilaian sedekah buat ku.
Lebih baik lagi, belikan lauk ikan, letak didalam
pinggan, panggil kucing tersebut ke satu sudut yang jauh sedikit dari kita
semua dan hidangkan makanan itu. Kaedah ini akan terlihat nanti kucing tersebut
diam setelah makan dengan puas dan perutnya kenyang.ada kemungkinan kucing akan terus meminta pada pihak lain pula kerana itu tabiatnya lebih lagi berpunca dari penerimaannya hampir setiap hari dari pelanggan yang penyayang tidak berasas.
Sedekah dari seorang manusia yang mulia untuk haiwan yang
mulia. Manusia sebaik baik kejadian, perlu lebih mandahului meletakan erti kemulian
berbanding haiwan yang juga telah diiktiraf diantara yang mulia tetapi tidak
berkuasa meletakan nilai.
Di dalam ceramah agama, didalam nasihat pesanan, sering kita terjumpa pandangan yang mengaitkan keberuntungan seseorang jika didatangi kucing meminta makan, maka berilah mereka. Tetapi seperti dijelaskan diatas, kaedah memberi itu tidak menepati etika dan nilai baik manusia itu sendiri selain kucing yang tidak akan berhenti meminta dengan sikap memilih yang agak nyata.
Diantara perlakuan baik yang khusus untuk mendapat hikmah dengan kucing kucing adalah bersedia dengan bungkusan makanan kucing yang dijual berbagai jenama, dibawa kemana kita bergerak untuk kita sedekahkan kepada kucing khasnya yang tidak bertuan dimerata rata tempat. Mahukan kita dihulur, disedekahkan, diberi sesuatu dalam bentuk yang agak terkeluar dari norma perlakuan dan perasaan kita, maka seharusnya kita juga berperasaan yang sama terhadap haiwan.

No comments:
Post a Comment