Tuesday, February 19, 2019

Seloka Alam.1 - Mengemis Di Kota

Not that easy to capture this unpretentious moment in life.

Seloka pengemis dikotaraya.

Sekitar jam 11 pagi berhampiran sebuah kedai buku di jalan utama pusat bandaraya ibunegara. Aku dan isteri berdiri diluar kedai sambil menunggu anakku mendapatkan sejumlah besar buku agama yang di pesan untuk dijadikan gift disatu program ofisnya.
Dilaluan yang sudah mula menampakan kerancakkan peniaga dan penggunjung, terselitlah satu seloka yang mencuit ingatanku.

Seorang lelaki agak segak, cerah kulitnya dan berpakaian kemas,  tidak jauh jangkaan usianya menyamai usia ku, secara am melalui riak tubuhnya ku lihat dia sihat kerana pergerakannya yang masih mantap.Tidak nampak sebarang kecacatan fizikal maupun penglihatan.

Tiadalah tujuan ku untuk memperduli matlamat dan tujuan dia berada disitu selain dari memikirkan dia adalah saorang pengunjung atau pelanggan semata mata.

Pertama sekali kulihat di selitkan payungnya disudut tepi dicelah lipatan pagar gril yang berlipat dipenghujung pintu kedai.
Hati ku berkata pasti dia berhajat untuk masuk kekedai buku kerana itu.
Kemudian laju saja diletakan beg sandangnya yang cantik disebelah pintu masuk kedai yang agak terlindung sedikit di sebalik kain iklan kecil tetulis KADS1M KAD CERIA DITERIMA DISINI.

Satu lokasi yang sangat sempurna didalam rancangan hatinya. Malahan dari gerak yang penuh yakin aku rasa dia bukan baru disitu.
Seloka semakin merancakkan putaran otakku.

Zip beg dibuka dan dikeluarkannya tikar lipat yang masih berlipat kemas lalu diletak dilantai untuk lapik duduknya. Pasti cukup confort.
Dibentang sekeping kertas untuk melapik pekakas pekakas mengikut skripnya.
Dikeluarkan beberapa naskah kitab kecil agama yang umum kita lihat diwaktu terbujurnya mayat diruang rumah untuk pengunjung yang bersyahdu.

Tidak mahu beralih mataku menjeling kerenah pintarnya.
Asalnya dia memakai kupiah hitam cantik seperti juga yang ku pakai. Berlainan dengan aku yang  terpaksa memakai untuk melapik kawasan lapang dipuncak itu dari panahan suria kerana rumput rumputnya sudah lenyap.

Dikeluarkan songkok hitam agak usang lalu dipakainyai megantikan kupiah cantiknya dan kupiah itu diterbalikkan bagaikan mangkuk dan diletakan dilantai lalu diisikan pula beberapa keping wang syiling serta tiga keping duit kertas berwarna biru. Itu mungkin lebih tepat disebut sebagai pengeras.

Dengan penuh harap dari Tuhan yang maha mengetahui, dengan serangkai biji biji tasbih berwara hitam berjumlah 100, tinggi diangkat tangan searas hidungnya berdoa seketika untuk dilunaskan hajatnya. Aaamiiin.
Diturunkannya kembali tangannya keatas riba dan dengan mata yang khusyuk kelantai, pejam pejaman, sambil jejarinya memetik satu persatu biji tasbih mewiridkan kata hati.

Mungkin anggaran lima belas minit tempuh babak yang ku rakam difikiran itu sudah sangat lebar untuk ku tintakan di lakaran ini.
Ku kongsikan juga pada isteri untuk sekadar mengimbas imbas tetapi jangan merenung.
Tuhan, kau sangat Agung.
Kau jadikan pengunjung disana punyai hati yang mulia dan pemurah.

Itu adalah hati rakyat 1M. 
Lima belas sudah menampakkan hasil. 
Makcik makcik manis, nak muda belia membongkok lentok lembut meletak kepingan berbagai warna kedalam kupiah keramatnya.
Aaaamiiin.
Jelingannya senget sebelah matanya merenung isian lalu diambil dan dipindahkan kedalam saku dengan meninggalkan pengeras asal untuk terus menarik hasil.

Buku dipesan pun sampai untuk ku pendekan rakaman.
Tuhan tolonglah. 
Ku tinggalkan lokasi itu menuju keparkir dan aku berjenaka kepada isteri dan anak, boleh saja jika aku ingin berseloka begitu.
Dikota ini.

No comments:

Post a Comment